Quantcast
Channel: Galaksi Media » SPMGalaksi Media
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4

(SEMASA) ASTRO TUTOR TV SPM BANTU PERSIAPAN PELAJAR HADAPI PEPERIKSAAN DENGAN APLIKASI MUDAH ALIH TUTOR TV SPM

$
0
0

logo

Adakah anda sudah bersedia untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal tiba? Berita baik buat bakal calon peperiksaan SPM kerana Tutor TV SPM akan melancarkan sebuah aplikasi  mudah alih  ulang kaji yang bertujuan membantu mereka menyediakan diri bagi menghadapi peperiksaan nanti.  Aplikasi Tutor TV SPM ini boleh dimuat turun untuk semua peranti iOS dan juga Android secara percuma.

Aplikasi Tutor TV SPM adalah sebuah aplikasi ulang kaji yang dilengkapi penilaian, rangkaian kuiz, nota rujukan bertopik, peta minda dan juga video tutorial yang pastinya memudahkan para pelajar untuk mengulang kaji pelajaran pada bila-bila masa dan di mana jua. Aplikasi ini akan memuatkan variasi kandungan pembelajaran berdasarkan sukatan pengajian yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia  untuk subjek-subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik. Aplikasi ini direka khas untuk memudahkan pelajar mengakses kepada bahan rujukan, memupuk minat mengulang kaji dan membolehkan pelajar merancang pelan ulang kaji sendiri.

Untitledsmall

Vickie Lai, Ketua Bahagian Pendidikan Astro berkata “Kami di Astro sentiasa berusaha dalam menyediakan variasi kandungan ilmiah yang padat dengan ilmu pendidikan serta menghiburkan sebagai medium untuk para pelajar mengulang kaji pelajaran. Pelancaran aplikasi Tutor TV SPM ini dilihat sebagai satu usaha dari kami untuk membantu persiapan para pelajar terutamanya dalam fasa akhir ini yang semakin hampir dengan peperiksaan SPM.

Berikutan dengan arus kemodenan dunia, kita dapati lebih ramai remaja dan belia yang memiliki telefon pintar peribadi. Atas fakta berikut, kami berasa terpanggil untuk mencetuskan idea bagi membantu para pelajar dengan satu alat bantuan pendidikan yang lengkap, padat, menarik dan mesra pelajar. Kami cuba menekankan kaedah interaktif dan juga visual menarik dalam penyampaian informasi serius supaya lebih mudah difahami dan dapat diingati oleh para pengguna. Kami berharap agar usaha yang cuba kami usulkan ini akan mendapat maklum balas yang positif serta diterima baik oleh semua peringkat golongan”, jelasnya lagi.

Selepas menjawab Penilaian di aplikasi Tutor TV SPM, satu senarai topik-topik cadangan untuk diulang kaji akan diberi berdasarkan keputusan Penilaian mereka. Mereka boleh ulang kaji menggunakan pelbagai rangkaian nota rujukan yang terkini dan jelas di mana para pengguna boleh menanda (highlight) ayat-ayat penting di dalam nota tersebut di samping menambah nota sendiri yang juga boleh disimpan untuk rujukan seterusnya. Selain itu, aplikasi ini turut menyediakan tip-tip berguna untuk menjawab soalan dan juga topik-topik yang perlu diberikan penekanan.

Setelah rujukan dan ulang kaji dilakukan, para pengguna boleh menguji tahap pengetahuan mereka melalui variasi kuiz yang disediakan sebagai latihan sebelum menghadapi peperiksaan sebenar. Penerangan juga akan diberikan untuk setiap jawapan yang salah. Aplikasi ini turut mengetengahkan ciri interaktif istimewa dengan memuatkan video-video tutorial yang dipetik daripada siaran di saluran Astro Tutor TV SPM yang pasti dapat meningkatkan tahap pemahaman para pengguna. Dengan lebih 800 kuiz topikal beserta pelbagai nota rujukan dan tip berguna, semuanya boleh didapati dengan capaian mudah di dalam satu perisian aplikasi.

Bersempena dengan pelancaran aplikasi ini, Astro Tutor TV SPM akan menganjurkan pertandingan dengan menggunakan aplikasi Tutor TV SPM. Pertandingan yang akan bermula daripada 27 September hingga 17 Oktober ini memerlukan seberapa ramai para pelajar Tingkatan Lima di seluruh Malaysia untuk mengambil bahagian dengan memuat turun aplikasi ini dan menjawab Penilaian yang disediakan sebanyak mungkin. Mata akan diberikan bagi setiap jawapan yang betul dan sesi untuk menjawab Penilaian tersebut adalah tidak terbatas. Setiap mata yang diperolehi akan digabungkan dan pengguna  yang mengumpul mata terbanyak untuk setiap subjek akan memenangi  sebuah iPad Mini.

“Kami melihat penganjuran pertandingan seperti ini sebagai satu usaha positif bagi membantu meningkatkan kesedaran kepentingan untuk mengulang kaji pelajaran di samping meluaskan capaian aplikasi yang sangat berguna ini ke serata Malaysia hendaknya. Ini juga merupakan satu penghargaan dari pihak Astro Tutor TV atas sokongan yang diberikan terhadap aplikasi Tutor TV SPM. Di sini, kami juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat maju jaya buat semua calon yang bakal menduduki peperiksaan SPM nanti”, tambah Vickie lagi.

Oleh itu, muat turun aplikasi Tutor TV SPM secara percuma di Google Play dan App Store untuk menikmati satu pengalaman pembelajaran yang luar biasa.

Untuk maklumat lanjut mengenai Astro Tutor TV SPM Mobile App, sila layari www.tutortv.com.my .


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4